Betul ke NIE ! =)
Saturday, 9 June 2012 | 01:33 | 1 masquerade
Salam alaikum . teringat lagi 2 minggu lps . waktu tue kat asrama dok semangat berpuasa di bulan rejab . bayangkan . saf solat laki2 hanya tinggal 2 saf . itu menandakan betape ramainya yg berpuasa . bagus2 . moga2 mendapat ganjaran dan keredhaan drNYa .
Daripada Abi Said Al-Khudriy yang mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatKu .
Riwayat Al-Thabrani dari Said Bin Rasyid yang mengatakan " Barang siapa berpuasa sehari di bulan Rejab maka ia laksana berpuasa setahun . Bila berpuasa 7 hari ,aka ditutuplah untuknya pintu2 neraka Jahanam . Bila berpuasa 8 hari dibukakan untuknya 8 pintu syurga . Bila berpuasa 10 hari , Allah akan mengkabulkan permintaannya "
itulah antara hadith yang dibacakan oleh khatib dalam khutbah jumaat semalam . so . asip pon hari nie semangat le nak post kan pasal kelebihan bulan rejab nie . tp . sebolom asip create post nie . asip terdetik untuk merujuk beberapa sumber dulue ttg kelebihan bulan rejab . nak taw apa asip dpt ? haa . meyh kite kongsi sama2 k . >pliz bace yg bawah nie< (important)
Dari Dr . Yusuf Al-Qaradhawi :
Dari Dr . Yusuf Al-Qaradhawi :
Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).”(al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.”Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan. Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku dan Ramadhan bulan Umatku.”Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu … iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa solat sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala … semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta. Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur para ulama berkata:
Maksudnya: “Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu. “Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.: “Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid. “Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan untuk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid. Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini. Ke atas ulama wajib memberi perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maskudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.”(Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya). Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu.
dah bace dah ? erm . untuk mendapatkan kepastian asip hampir dalam 3 kali merujuk tentang kelebihan bulan rejab nie . result yg asip dapat tetap sama .
tp . kat cinie asip nk gtaw . janganlah bila dah baca ape yg asip post nie kita semua stop beribadat dalam bulan rejab . sebabnya itulah reaksi atau respon yang tak bijak dan merugikan . sebaliknya yang perlu dihentikan ialah anggapan kita terhadap bulan rejab ini . dan yang paling penting janganlah kita membuat pembohongan atau menyebarkan pembohongan terhadap Rasulullah S.A.W . .
last skali asip nk share . nukilan nie dipetik dari kata2 imam nawawi : ' Dan tidak ada satu hadith pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab , dan tidak ada juga hadith yang melarangnya , tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat , - yakni setiap masa . - ' Dan Allah sahajalah yg Maha Mengetahui .

jom doa ramai2 k ! amin ~~