Destinasi Cinta =)
Friday, 15 February 2013 | 20:33 | 1 masquerade
SALAM ALAIKUM . . ^^
Pantas sungguh masa berlalu . Rasanya macam baru semalam start cuti . hmmm . .
Rancangnya nak buat dalam 2 or 3 post baru kat blog tp ? hampeh dan ternyata meleset rancangan aku ! !
terbuktilah disini bahawa >,<
' aku nie hanya mampu merancang dan sebaik-baik perancang juga penentu hanyalah Ya Rabb Sang Pencipta Diri Ini ' #fact
D E N G A N N A M A T U H A N K U Y A R A B B . . .
Sebelum asip menyingkap tirai skrip penulisan utk kali ini . Izin kan asip bertukar menjadi 'doktor cinta' terlebih dahulu k ! XD .
( *bertukar . bertukar . bertukar . shinggggggg . . =P )
#1 Mac 2012 - Di bilik kaunseling Dr.Ilham
doktor ilham : Anak-anak . Boleh doktor tahu ke manakah destinasi cinta yg anak-anak inginkan ?
anak 1 : Sy nk hingga ke alam perkahwinan , dok !
anak 2 : Sy nk ke Mumbai . Nak berbahagia di sana .
anak 3 : Sy tak terpikir pasal destinasi nie dok ! Rasanya tak kemana-mana kot .
doktor ilham : Hmm . baiklah . kamu anak 4 ? tak de jawapan ?
anak 4 : Sy nak ke syurga ! hanya di syurga ! Ila jannah . . .
aku tertarik dgn jawapan daripada si anak 4 . Hakikatnya itulah dia wahai anak-anak . destinasi cinta kita seharusnya ke syurga . Nak dengar cerita ? layan k . . =)
Sewaktu ketika dahulu . Di Kufah lahir pemuda yang tampan , rajin beribadah juga seorang yang zuhud . Suatu hari , dia berjalan-jalan disebuah kampung . Tiba-tiba . Matanya terlihat seorang gadis yg sungguh cantik . Maka , tertarik lah dia dgn rupa gadis tersebut .
Perasaannya sungguh membuak-buak . Sehingga memohon ayahnya melamar gadis tersebut .
Alhamdulillah . Pemuda tersebut tidak bertepuk sebelah tangan . Gadis tersebut turut menyukai dirinya . Namun . setelah rombongan melamar dihantar . . rupa-rupanya gadis itu akan dinikahkan dgn saudaranya .
pemuda itu nampaknya terpaksa mengikut akan takdir yang sudah tertulis untuknya . dibawalah dirinya terus melakukan ibadah kepada Allah .
Manakala gadis tersebut turut membawa diri . Dia meninggalkan gemerlap dunia , membuang semua hal yg terkait dengannya , hanya fokus dlm ibadah . Sekalipun demikian , dia hanyut dan menjadi kurus kering kerana cintanya yg sungguh . Akhirnya dia meninggal dunia dengan perasaan teramat rindu kepada pemuda itu .
Hendak dijadikan betapa sweeeetnya mereka berdua . Sang pemuda sering berziarah ke kuburnya .
Suatu malam , dia melihat si gadis dlm mimpi seolah-olah gadis itu dalam penampilan yang sungguh cantik .
Pemuda itu bertanya . 'Bagaimana khabarmu dan apa yg telah kamu temui setelah diriku pergi ?'
Si gadis menjawab . . .
Sebaik-baik cinta, adalah cintamu wahai kekasihCinta yang menggiring kepada kebaikan dan berbuat baik
Pemuda itu bertanya lagi . . ' Kemanakah kamu akan berada selepas ini ?'
Dia menjawab . . .
Ke kenikmatan dan hidup yang tiada habisnyaDi syurga nan kekal, milik yang tak pernah punah
Pemuda itu meneruskan kata-katanya . Wahai sang gadis yg ku cintai . . "Ingat lah walau kita sudah terpisah tetapi aku tidak pernah melupakanmua !
Gadis tersebut turut menjawab . . Demi Ilahi aku juga tidak pernah melupakan mu . . Aku telah memohon kpd Rabbku agar kita tidak dipisahkn untuk selamanya . .
Kemudian gadis itupun berpaling. Lantas pemuda itu berkata kepadanya, ‘Bila aku akan dapat melihatmu.?’ Dia menjawab, ‘Engkau akan mendatangi kami dalam waktu dekat.’
Benarlah janji ALLAH . pemuda itu tidak hidup lama selepas itu . Akhirnya dia pulang ke rahmatullah .
Mereka bertemu di Syurga Allah yg pasti !
Wahai anak-anak termasuk buat doktor kat rumah nie . . Gunakan kelebihan doa yg disediakn buat kita dlm mencari dan menuju destinasi cinta ! InsyaAllah . Allah Maha Mendengar . DIA mendengar permohonan dan rintihan hambanya . .
Last skali . moga kita semua berjaya menemui cinta sejati dgn doa abadi menuju destinasi yg dicari !
#buat bakal jodohku ! Moga satu hari nanti kita dipertemukan dalam keadaan sebaiknya . amin .