Wake UP , pleasa !!
Tuesday, 24 June 2014 | 07:40 | 2 masquerade
Masa dulu-dulu cam semangat sangat nak mengepost something dekat blog nie .
Makin lama dibiarkan berkubur terasa sayang ~
Jadinya malam bersejarah nie dia tekad . JOM mula mengepost ! Setidaknya menulis pendahuluan *Mampukah saya ???
OK .. *Tarik nafas dalam-dalam . *Still blurrr . *Arghhhhh ..
Waktu habis spm ( Sijil Pelajaran Malaysia ) aku yakin , STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia ) lah arah tujuan seterusnya . tidak berpikir panjang . Memerah otak . *Berjalan kehulu kehilir
yups aku memang nak ! Tidak ada arahan daripada mana-mana pihak . Mahupun desakan dalaman . Aku nak habiskn sampai dapat keputusan yang terbaik !
Dalam meniti detik 10 bulan menghabiskn silibus stam . *FUHH , TOUGH kod subjek nya ! Sebahagian daripada sahabat-sahabat aku fly over the sea . Merantau ke pelusuk dunia . Ada yang ke Mesir juga ke Jordon . Maybe kerana terlalu bertekad ,, aku buat don't care sangat . Just wish the best untuk mereka-mereka yang amat aku sayang <3
TAPI . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . .
kini . bila segalanya da selesai . Stam HABIS . Result dah KELUAR . Macam-macam yang aku pikirkan untuk masa depan aku .
ALLAH !! Payahnya . . Susahnya . . Penatnya .. TAK Tahu nak buat apa . Aku kekadang tue semangat nak usahakan sesuatu .. Kekadang tue juga rasa macam malas dan langsung tak nak pikir apa-apa .
Maaf kalau aku buat touching post malam nie . Dah nak masuk bulan 7 . Aku masih dalam dilema .
Hmm . . ok . sudah . stop tension . stop crying . stop all of this . aku mula perlahan-lahan kuat bila abah menyentak emosi aku .
" adik " abah menyapa aku . " kenapa abah ? " aku menjawab . " Macam mana dah dapat tawaran nak belajar kat Madinah ? " soalan daripada abah yang buat aku macam nak bingung ! " hmm , entah lah abah . Tak lagi . Malas dah adik nak pikir " aku menjawab soalannya . " Adik . Jangan cari rezeki MANUSIA ! Pergi cari rezeki ALLAH ! Mohon kat DIA " abah membalas . Aku kelu lidah . suasana terus hilang . abah beredar sahaja selepas bagi aku kata keramat tue .
Hakikatnya . Itulah dia ! Aku nie yang bodoh , kurang pandai . *nak nangis
Bercita-cita nak belajar jauh-jauh . level bagus-bagus . nak kan yang top-top . Tapi . kau bagi apa kat ALLAH ? Kau buat apa untuk ALLAH ? ADA ??
amal sikit . nak mintak banyak . doa sikit . nak dapat banyak ..
Malulah sikit wei ASIF ... kau tahu kan apa yang patut kau buat ? Jadi jangan diam . Wake up bro ! selalu bagitahu kat org lain yang kita kena berusaha ke arah MAMPU . kau ? usaha tak ??
well . Allah tue MAHA MENDENGAR . Jangan aku sia-siakan hidayah yang tiba . Nanti Allah langsung tak nak turunkan hidayah kat kau , baru tahu nikmat SYUKUR !
k . aku kena stop . cukuplah rintihan dari qalbi aku ni .
maafkan asip kalau pengakhiran post yang tiada kesimpulannya .
#ALLAH tak pergi jauh dari aku ! Walaupun aku terlalu jauh dariNYA .
Selamat malam . Salam alaikum teman-teman tersayang !